Isnin, 20 Disember 2010

Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab ?

Ramai orang berminat untuk mempelajari Bahasa Arab, tetapi minat itu hilang begitu sahaja. Kenapa ini berlaku....sebab minat sahaja tanpa disertai dengan matlamat tidak akan membawa seseorang itu kemana-mana. Sebab itulah pentingnya minat disertai dengan matlamat.
Begitulah hal keadaannya jika anda ingin mempelajari Bahasa Arab. Tanya ke dalam diri anda apakah tujuan anda mempelajari Bahasa Arab. Adakah anda ingin memahami al-Quran, adakah anda ingin bertutur di dalam Bahasa Arab dan adakah anda ingin melancong ke negara Arab atau ingin menjalankan busines di negara Arab.....Tanyalah ke dalam diri anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan