Selasa, 21 Disember 2010

Benarkah bahasa Arab susah ?

Bahasa Arab ialah matapelajaran yang paling digeruni malah dianggap sebagai “killer Subject” oleh ramai pelajar. Melalui pengalaman saya sebagai seorang guru bahasa Arab di sekolah selama 12 tahun bermula dengan mengajar selama 6 tahun di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 6 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan, saya dapati kebanyakan pelajar menganggap bahasa Arab adalah matapelajaran yang susah.

Tetapi bagi pelajar yang memang ada minat yang mendalam terhadap bahasa Arab, Bahasa Arab bukanlah susah seperti subjek matematik tambahan, fizik dan biologi. Cuma yang perlu mereka ingat ialah menghafaz perbendaharaan kata sebanyak mungkin.

Saya pernah berbual dengan kaunselor di sekolah tempat saya mengajar, katanya ramai daripada pelajar yang mengambil Bahasa Arab tidak tahu mengapa mereka belajar dan mengambil matapelajaran Bahasa Arab. Bukan setakat itu sahaja malah ibubapa mereka juga tidak tahu arah tuju anak mereka yang mengambil matapelajaran bahasa Arab, mereka sekadar ambil sahaja, tetapi tidak tahu faedahnya dengan lebih jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan