AMERUDIN ISMAIL
Yang Berbahagia/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
KEMPEN PENAJAAN HAFIZ GAZA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, pihak AQSA SYARIF BERHAD dan Muslim Professional Forum (MPF) sedang menganjurkan Kempen “Adopt A Hafiz” bermula 7 Mei hingga 31 Mei 2014. Ini adalah tahun kedua projek sebegini dilaksanakan. Hasil sumbangan akan disalurkan kepada sebuah NGO di Gaza iaitu Dar Al-Quran Wa Sunnah yang mempunyai 767 Pusat Tahfiz di Gaza dan pelajar kini berjumlah 11,260 orang pelajar.
3.
Pada tahun 2013, AQSA SYARIF BERHAD dan MPF telah berjaya mengumpulkan
dana untuk menaja 680 pelajar hafiz sehingga bulan Mei 2014 ini.
Mereka memerlukan RM600 setiap seorang atau RM408,000 secara keseluruhan
untuk menyambung pengajian tahfiz mereka bagi tahun kedua. Jumlah ini
adalah untuk menampung yuran dan bahan-bahan pengajian mereka. Terima
kasih kami ucapkan bagi yang telah menyumbang.
4. Sumbangan anda boleh disalurkan ke salah satu akaun bank MAYBANK ISLAMIC 551575004299 atau BIMB 12092010034904 atas nama AQSA SYARIF BERHAD.
5. Anda boleh sms atau WhatsApp maklumat kemasukan sumbangan ke talian 0137441012, 0122115749 atau hubungi 0387334636 untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini atau sebarang persoalan. Kami akan cuba membantu. Sila layari Facebook kami di http://facebook.com/aqsa.syarif untuk mengikuti sebarang berita dan perkembangan projek-projek sumbangan rakyat Malaysia di Palestin.
Sekian, wassalam.
"Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa" Yang diamanahkan,
Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
(Ini adalah cetakan berkomputer. Tanda tangan tidak diperlukan)Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad |
|||||||
Sabtu, 17 Mei 2014
Foward Surat Kempen Penajaan Hafiz Gaza Kepada Sesiapa Yang Ingin Menyumbang Fi Sabilillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan