Sabtu, 17 Mei 2014

Foward Surat Kempen Penajaan Hafiz Gaza Kepada Sesiapa Yang Ingin Menyumbang Fi Sabilillah

QSA SYARIF BERHAD (729288-P)
No 18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon: +603-8733 4636  Faks: +603-8734 9636

Ruj. Kami : AQSASYARIF/2014/00004/00004
Tarikh : 16 May 2014
                         
AMERUDIN ISMAIL

Yang Berbahagia/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
KEMPEN PENAJAAN HAFIZ GAZA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, pihak AQSA SYARIF BERHAD dan Muslim Professional Forum (MPF) sedang menganjurkan Kempen “Adopt A Hafiz” bermula 7 Mei hingga 31 Mei 2014. Ini adalah tahun kedua projek sebegini dilaksanakan. Hasil sumbangan akan disalurkan kepada sebuah NGO di Gaza iaitu Dar Al-Quran Wa Sunnah yang mempunyai 767 Pusat Tahfiz di Gaza dan pelajar kini berjumlah 11,260 orang pelajar.
3. Pada tahun 2013, AQSA SYARIF BERHAD dan MPF telah berjaya mengumpulkan dana untuk menaja 680 pelajar hafiz sehingga bulan Mei 2014 ini. Mereka memerlukan RM600 setiap seorang atau RM408,000 secara keseluruhan untuk menyambung pengajian tahfiz mereka bagi tahun kedua. Jumlah ini adalah untuk menampung yuran dan bahan-bahan pengajian mereka. Terima kasih kami ucapkan bagi yang telah menyumbang.
4. Sumbangan anda boleh disalurkan ke salah satu akaun bank MAYBANK ISLAMIC 551575004299 atau BIMB 12092010034904 atas nama AQSA SYARIF BERHAD.

5. Anda boleh sms atau WhatsApp maklumat kemasukan sumbangan ke talian 0137441012, 0122115749 atau hubungi 0387334636 untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini atau sebarang persoalan. Kami akan cuba membantu.

Sila layari Facebook kami di http://facebook.com/aqsa.syarif untuk mengikuti sebarang berita dan perkembangan projek-projek sumbangan rakyat Malaysia di Palestin.
Sekian, wassalam.


"Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa"



Yang diamanahkan,

Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad
(Ini adalah cetakan berkomputer.  Tanda tangan tidak diperlukan)
   

Khamis, 3 Mac 2011

Latihan Mendengar Bahasa Arab

Radio BBC Arabic sesuai untuk latihan pendengaran Bahasa Arab walaupun anda tidak faham. Latihan pendengaran bukan bermakna anda kurang mendengar....hehe!. Latihan mendengar adalah untuk mendengar bagaimana sesuatu perkataan itu disebut.

Sabtu, 26 Februari 2011

Karangan Bahasa Arab untuk PMR

طاعة الوالدين

أبي وأمي خير وأحب الناس لي . أمي هى التي حملتني فى بطنها تسعة أشهور. وأرضعتني بلبنها سنتين كاملتين.

أمي جحزت لي الطعام والشراب وعملت كل ما يسرني وخاطت لي الثياب. وأبي هو الذى يعمل للحصول على ما يلزم من مأكل ومشرب وملبس. وهو الذي يهتم بي فى التربية والتعليم.

فالواجب علينا أن نطيع والدينا وتنفق عليهما إذا كبر وتساعدهما إذا ضعف لتنال رضا الله.

Selasa, 21 Disember 2010

Benarkah bahasa Arab susah ?

Bahasa Arab ialah matapelajaran yang paling digeruni malah dianggap sebagai “killer Subject” oleh ramai pelajar. Melalui pengalaman saya sebagai seorang guru bahasa Arab di sekolah selama 12 tahun bermula dengan mengajar selama 6 tahun di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 6 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan, saya dapati kebanyakan pelajar menganggap bahasa Arab adalah matapelajaran yang susah.

Tetapi bagi pelajar yang memang ada minat yang mendalam terhadap bahasa Arab, Bahasa Arab bukanlah susah seperti subjek matematik tambahan, fizik dan biologi. Cuma yang perlu mereka ingat ialah menghafaz perbendaharaan kata sebanyak mungkin.

Saya pernah berbual dengan kaunselor di sekolah tempat saya mengajar, katanya ramai daripada pelajar yang mengambil Bahasa Arab tidak tahu mengapa mereka belajar dan mengambil matapelajaran Bahasa Arab. Bukan setakat itu sahaja malah ibubapa mereka juga tidak tahu arah tuju anak mereka yang mengambil matapelajaran bahasa Arab, mereka sekadar ambil sahaja, tetapi tidak tahu faedahnya dengan lebih jauh.

Isnin, 20 Disember 2010

Doa Qunut Nazilah

Orang Islam yang beriman dan cintakan agamanya mesti sentiasa membaca doa ini.

Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab ?

Ramai orang berminat untuk mempelajari Bahasa Arab, tetapi minat itu hilang begitu sahaja. Kenapa ini berlaku....sebab minat sahaja tanpa disertai dengan matlamat tidak akan membawa seseorang itu kemana-mana. Sebab itulah pentingnya minat disertai dengan matlamat.
Begitulah hal keadaannya jika anda ingin mempelajari Bahasa Arab. Tanya ke dalam diri anda apakah tujuan anda mempelajari Bahasa Arab. Adakah anda ingin memahami al-Quran, adakah anda ingin bertutur di dalam Bahasa Arab dan adakah anda ingin melancong ke negara Arab atau ingin menjalankan busines di negara Arab.....Tanyalah ke dalam diri anda.

Rabu, 15 Disember 2010

Banner Dalam Bahasa Arab

Madad !


عاشوراء (ashura') : hari Ashura' - 10 Muharram

مدد (madad) : syafaat / pertolongan

وحياة (wa hayah) : dan kehidupan

لكل (li kulli) : untuk setiap

إنسان (insaan) : insan / manusia

مؤمن (mu'mun) : beriman

Nota : Slogan sambutan hari Ashura' di sebuah bandar yang mempunyai penduduk Syiah.
Dipetik dari wanrusli.net